Masa itu EMAS

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Ayam Goreng masak Sambal

Resepi:
Cara Membuatnya:
1 ekor ayam di potong kecil (12 bhgian)
di perap dgn lada putih, kunyit dan garam..lepas tu digoreng..
20 biji lada kering dikesar halus
8 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih

Semua bahan tadi ditumis dan perah air limau kasturi, letak sedikit garam.
Lepas tu dicurahkan sahaja bahan td ke atas ayam goreng. sudah siap.

Sunday, January 9, 2011

Bihun Goreng Hailam


Resepi Bihun Goreng Hailam:

1 bungkus bihun
2 biji bawang putih
4 helai dau bawang/kucai dipotong halus
2 keping fishball (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
kobis
tepung jagung
minyak masak (utk meggrg)
1 biji telor
garam, serbuk perisa dan serbuk lada putih
1 cawan air

Cara membuatnya
Lada putih ditumis hingga naik bau, masukn fishcat/fishball, lobak merah, kobis dan daun bawang, telor, air dan masukn garam , perasa, tepung jagung dan kacau..
Akhir sekali masukan bihun ..kacau rata-rata , dah agak masak boleh dihidang.

Tuesday, January 4, 2011

Kuih Lopez dan kuih Koci


Bahan-bahan

2 tin susu pulut
1 tin susu kelapa parut
2 buku gula melaka
6 helai daun pandan
daun pisang utk bungkus

Caranye:
Pulut dicuci dan dikukus.
Gula melaka dimasak dgn sedikit air
Apabila pulut siap dimasak, biarkna sejuk dulu..kemudian dibungkus dgn daun pisang dan dikukus semula hingga masak betul . Pulut hendaklah ditekan supaya padat dan senang dipotong.

Cara Menghidangnya:
Pulut dipotong kecil-kecil disira dengan kelapa parut dan dihidang dengan air gula tadi.



Bahan-bahan
A
3 cawan tepung pulut
1 cawan tpung sagu
1 cawan santan kelapa (dimasak dulu)
daun pisang

Bahan utk inti B
1 biji kelapa muda
2 buku gula melaka
2 helai daun pandan

Cara membuatnya:
Semua bahan A digaul menjadi doh
Ambil sedikit adunan, bentukan menjadi bulat, letak di dalam daun pisang.
Masakkan inti dan kukus hingga masak.

Sunday, December 5, 2010

Sotong Goreng Sambal

(hari hari kena mkn..oleh itu kenala masak...lauk ape?
ha..ni lauk hari ni..bukan aku masak..tp mama aku yg buek..:P)

Bahan2:
1 Kilo sotong
3 ulas bawang putih (giling halus)
5 ulas bawang merah (giling halus)
20 btg lada merah (giling halus)
1 ulas bawang besar (dihiris)
Cara2nya:
Sotong dicuci bersih, dipotong kecil
Lada, bawang yg tlh digiling di goreng hingga naik minyak.
letak garam, air asam jawa, digaul sebati lastly masukkan sotong.

Monday, January 4, 2010

Kuih Pulut Inti

Kuih Pulut Inti

Bahan2nye:
1 kilo pulut
2 buku gula melaka
3 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (kelapa muda)
1 cawan santan

Cara2nye:
Pulut dibasuh dan dikukus bersama santan.
Kelapa parut dimasak bersama gula melaka dan
daun pandan untuk dibuat inti
Pulut yg sudah masak ditekap dlm cawan bulat,
diletakkan atas pinggan,kemudian isi inti diatas nye..





Kuih Apam Kelapa

Bahan-Bahan
1/2 tin kelapa parut
1 cawan gula pasir
1 cawan air
3 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu tin soda
1 cawan minyak masak/zaitun


Cara membuatnye:
Gaul semua adunan hingga rata dan warna jadi hijau.
Letak kedalam acuan bulat dan taburkan kelapa parut di atasnya dan kukus hingga masak