Masa itu EMAS

Thursday, January 20, 2011

Koleksi Petua-petua

Tengah kemas2 majalah lame dlm kotak..jumpe plak nota2 lama tentang petua2 masakan..kertasnye dah lusuh..so aku salin balik n masukkan kt blog aku supaya nnti aku x lupa..kertas lusuh tu da bole jual..bersame2 dgn paper2,buku2 lame..

Elakkan Ikan Melekat di Kuali

Mengangkat ikan yang digoreng agak sukar klau x begitu garing. Ambil beberapa keping asam an masukkan ke dalam kuali semasa menggoreng ikan.so nnti ikan lebih mudah diangkat.
(hmm...aku x pernah cuba plak)..lgpun klu bab nk menggoreng ikan ke ayam ke..klau bole sudip tu bior panjaaaaaaaaaaaaaaang...minyak letop2..huishhh...mcm berperangla klu nk terbalikkan ikan/ayam..huhu..

Membersihkan siput sedut.

Masukkan cili kering, garam dan asam keping ke dalam bekas air.
campurkan siput sedut ke dalam bekas dan biar semalaman.
Lendir dan kotor pd siput akan hilang.

<<< Petua Dapur>>>

Hilangkan Bau Petai

Bagi menghlangkn bau petai, gnakan air basuhan beras dan rendam bberapa minit.

Memutihkan Nangka Muda

Untuk memutihkan nangka daripd kelihatn hitam lebam, masukkn bebrapa helai daun ubi kayu ke dlm periuk dan rebus dengan nangka muda hingga empuk.

Cili Mesin Thn Lama

Cili dibuang bijinya, basuh dan rebus hingga lembut. Toskan, bila dah sejuk dikisar hingga hanlus bersama sedikit air.Pastu baru bole simpan dlm freezer.hi hi...

Karipap Susi



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air daun pandan
1 sudu kecil saripan yeast
secubit garam
sedikit ENO (1/2 sudu kecil)

Cara membuatnya:
Gaul kesemua bahan tadi dan hingga rata sampai kembang (naik buih) dan perah
Apabila hendak masak baru letak ENO dan kacau sampai naik
Jerang kuali leper dan sapu sedikit minyak, tggu panas pastu masukkan adunan tadi buat macam kuih ketayap..atau kuih gulung..

Cara buat intinya:
1 biji kelapa parut
2 ketul gula melaka
2 helai daun pandan.

Ayam Goreng masak Sambal

Resepi:
Cara Membuatnya:
1 ekor ayam di potong kecil (12 bhgian)
di perap dgn lada putih, kunyit dan garam..lepas tu digoreng..
20 biji lada kering dikesar halus
8 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih

Semua bahan tadi ditumis dan perah air limau kasturi, letak sedikit garam.
Lepas tu dicurahkan sahaja bahan td ke atas ayam goreng. sudah siap.

Thursday, January 13, 2011

Kuih Sri Muka Dandan Setia

Bahan2 nye:

Bahan A
3 cwn santan pekat
3/4 cawan gula
1 sudu bsr tepung jagung
5 sudu bsr tepung gandum
1 biji telur
5 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan B
2 tin susu beras pulut
3 tin susu santan cair
sedikit garam

Cara membuatnye:
Bersihkn beras pulut, toskan.
Larutkan garam dlm santan yg sbyk 3 tin td.
masukn pulut ke dlm loyang dn tuangkn santan td smpat rata separas pulut
Kukus pulut hingga masak

sediakn bahan A, ayak ke22 jnis tepung dan masukn dlm santan pekat, kacau hgga rata.
pukul telur dgn gula dgn garam hgga sebati.
kemuadian tuangkan dlm adunan tepung td, kacau rata hingga gula larut.
Masukn air daun pndan dan kacau rata.Kemuadian tapis dunan td dan ketepikan.

Apabila pulut masak, rata kn padatkn pulut tu dgn sehelai daun pisang, lepas itu kacau adunan santan td dan tuangkn ke atas pulut.lastly kukus pulut semula hingga cukup masak...
:)

Tuesday, January 11, 2011

Rayuan Hati..

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam di jiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah pelbagai persoalan
Dihujani air mata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasihmu
Pimpinlah daku dengan hidayahMu
Tuhanku...
Didalam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaanMu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Tuhanku...
Usah Kau biarkan diriku
Hanyut terleka dijiwa dunia
Membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah padaMu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa dengan keimanan
hanya padamu Oh Tuhanku..
Kusandarkan harapan
Ya Allah, tunjukkan ku jalan
Kebenaran dan kebahagiaan
Suburkan jiwaku, oh Tuhan..
Dengan keimanan
Hanya padaMu, Oh Tuhan
Kusandarkan harapan
Ya Allah, tunjukkan ku jalan...

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama

Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda

Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita